Want your
own Fotopage?






 
**Nur Jannah & Ahmad Rizqi**

By: mAmA and ABaH Jannah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 23-Sep-2008 00:38 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT TINGGAL DUNIA FOTOPAGES..

Salam kepada semua pembaca...
Dikesempatan ini Iena memohon kemaafan kerana terpaksa meninggalkan dunia fotopages ini.Walaubagaimanapun jasa baik fotopages ini sangatlah dihargai.Dari sinilah iena mengenali kawan2, bertukar2 cerita, pendapat, berkongsi suka dan duka...Iena akan terus menjenguk fotopages2 kawan2 sekelian...
namun begitu, iena tidak bermaksud untuk terus senyap tanpa sebarang berita ..oleh itu sesiapa sajer yg sudi, bolehlah menjenguk rumah baru iena di ::: http://zary77.blogspot.com

Semoga hubungan kita semua akan berkekalan.
Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin..

dari :
Zarina, Syahrir, Nur Jannah & Ahmad Rizqi...


Wednesday, 3-Sep-2008 08:42 Email | Share | | Bookmark

2 minggu lepas 11 0g0s - 18 ogos mama ngan abah cuti sem..kebetulan sama lak ngan cuti sek..tu yang tak plan nak bawa diaorg cuti2 ni..hotel dah tentu mahal giler, crowded, ngan kotornyer..parking sure penuh..tu yang tak p mana..
So, cuti2 kami ni dihabiskan dengan melayan anak2.. jer..kalau tak balik segamat, balik muar ataupun duduk kat rumah..diaorg ni memang suker2 sesangat..gelak jer..dilayan macam tuan puteri dan tuan putera...so inilah aktivitinyer..
jannah memang suker mandi pool..so kami bikaklan dia mini poll kat depan rumah..suker giler..enjoy..sampai meraung2 tak nak naik..



Ni lak gambar rizqi...tak leh tak der org kat tepinyer..muler lah nak nangis...


Tengok ni, hobi jannah ni biler mama nak amik gambar, mama suruh senyum..dia mulerlah melombong hidungnyer..cehhh..


Monday, 25-Aug-2008 08:52 Email | Share | | Bookmark
Selamat Bertunang Along Faezah & Fakri


Sabtu lepas, lepas isyak, Along faezah ngan bopfrennyer Fakri telah ditunangkan ...
Alhamdulillah, rasa2 nya mereka dah lama kawan..dah dekat 4 tahun kot..masa study kat Uitm Arau perlis..
sekarang mereka sambung degree kat upsi, nak jadi cikgu..
Insyallah bulan 12 ni, mereka akan disatukan..

Kirakan Along Faezah ni, pangkat mak sedara ngan mama, so pangkat Tok Long ngan Jannah & Rizqi..Keh..kehh....
sangat rapat ngan mama, Jannah & Rizqi..

Majlis pertunangan dijalankan lepas Isyak..rombongan fakri dari nun jauh, kedah tuu..
kirakan pertunangan ni melibatkan Utara Selatan..
Majlis berjalan dengan lancar dan meriah..
Along faezah malam tu macam pengantin..macam nak nikah..
anggun dan jelita gitu...

So, Abah tak melepaskan peluang merakamkan detik2 istimewa itu..
Jannah ngan Rizqi seperti biasa, maintain Ok bila bab2 enjoy dan meriah ni..ndak2 Rizqi tak ngantuk lansung..





Untuk along faezah & Fakri, selamat menjalani tempoh bertunang..tak sabar nak tunggu bulan 12, pengantin 4..


So minggu depan 31 ogos, adik along faezah lak akan bertunang, iaitu angah afzan..makan2 lagi lah kejernya...Kita enjoyyyy


Friday, 15-Aug-2008 07:24 Email | Share | | Bookmark
Birthday Party Jannah...08.08.08






Alhamdulillah....atas izinNya maka terjadilah peristiwa majlis hari jadi jannah yg ke-2 ini...tak dapat digambarkan dengan kata-kata bahawa kami amat gembira dgn sambutan majlis ini...sebenarnya cadangan untuk mengadakan majlis ini telah wujud 1 minggu sebelum hari lahir Jannah..mama mengutarakan cadangan dan abah dengan sporting telah setuju 100% tanpa bantahan.,.thanks abang...dari tahun 2007 lagi, after 1st birthday jannah, mama dah berkira2 nak buat birthday jannah,,,mama suker sangat dengan no 08.08.08 ni..bukan senang nak dapat..sekali dalam hidup...

So, segala preparation dilakukan di saat2 akhir..maklumlah minggu bz sebab kolej diaudit.ISO..mama buat kad jemputan , hubby lak buat bunting...


Hubby banyak membantu, dialah yg membungkus goodies bag,buat check list dan memberi idea untuk bagi prezent kat kanak2 yg hadir...thanks sayang,,,tahun depan ader rezeki kiter buat lagi kkk...muachhh...


Jannah punya mood hari tu adalah seperti biasa, berkepit jek ngan mama ngan abah ..lagi ramai org, lagi pemalu sifatnya.ntah ikut perangai sapa?? mama pun tak tahu....Rizqi lak, boy encem mama tu..maintain ok jer,,berbunyi biler nak susu jer..Sayang anak2 mama ni...




Makanan ,minuman dan decoration telah dibuat oleh Faiz dan anak-anak buahnya ( student2 bakery)..thanks tidak terhingga atas penat lelah untuk menjayakan majlis ini dari mula persiapan hingga tamat majlis ini..kata hubby ayam bbq tu memang sedap..yummy..yummy..tapi sayang mama tak sempat makan, maklumlah tuan rumah...
Antara menu yg ada pada malam tu ialah ayam/ikan/hot dog BBQ, mee hoon singapore,nasi goreng nanas, garlic & mushroom sup, french fries, salad, coslow, roti canai,castard jagung,kek, cup cakes ,buah-buahan,,,


Kek dan cup cakes telah dibuat oleh Sulaiha..sayangnya,majlis malam tu dia tak hadir, sebab p penang utk majlis perkahwinan kawannya,,,,memang sedap kek coklat tu...pekat giler..kalau kat kedai tak dapat mcm tu...



Kami ingin mergucapkan terima kasih kepada pihak kolej kerana mengizinkan kami menggunakan kemudahan kolej bagi merakam peristiwa yg amat bermakna dalam hidup kami,,,



Begitu juga utk tetamu2 yg hadir..Hampir 85% dari yg dijemput dapat hadir.Thanks kepada kawan-kawan kolej yg sudi datang utk berkongsi kegembiraan ini.





Antaranya ialah:
1.Bos kolej, En Razak dan isteri
2.Ustaz Hashim dan anak-anak
3. Zaidah
4.Kak Suzi dan anak-anak(mohd,Husna & Huda)
5.Azi,Yusry & Alya
6.Tipah & Qaseh..
7.Hafiz Syukur,Suzi & Husna
8.Diana & Asmah
9.Syukri,Normah,Aina&Aini
10.Halim
11.Hafiz Hamdan
12.Maliki
13.Kak Rohaizah & Hanafi
14.Kak Halina, Izzati
15.Kak Rodziah & anak-anak
16.Mas Ayu & hubby
17.Mak Minah (nenek), Muntaz ( Mak Oda) & Muaazz (Muksu) – pengasuh Jannah&Rizqi...
19.Abu
20. Faiz & students...



Malam tu, kami balik rumah dalam kul 1130 malam setelah serahkan segalanya pada Faiz & geng, . punyalah penat agaknyer, sampai kul 9 pagi baru Jannah ngan Rizqi bangun..
Insyallah, tahun depan kalau ader rezeki, kita jumpa lagi...










Thursday, 7-Aug-2008 08:16 Email | Share | | Bookmark
Esok harinya....Jannah dah nak masuk 2 tahun...


Esok anak mama jannah akan meninggalkan dunia 1 tahun,,,sedihnyer mama..anak mama dah besar dah..rasa baru jer buat birthday 1 tahun..semakin besar jannah ni, semakin besar cabarannya...semoga kenangan melewati 1 tahun yg lalu, adalah kenangan yg terindah buat Jannah..Mama dan Abah tak janji apa2, tapi Insyaallah, selagi hayat kami ader,kami akan cuba menjadikan tahun-tahun yg mendatang adalah kenangan paling manis buat Jannah..Mama dan abah serta Rizqi sayang Jannah yg amat2 sangat.sayang satu dunia..dunia akhirat...walau dimana Jannah berada, apa yg jannah buat, sakit jannah, suka jannah, terlukanya Jannah, kecewanya Jannah..mama dan abah sentiasa mendoakan yg terbaik untuk jannah, supaya jannah tabah dan sentiasa dibawah lindunganNya...
So, tengoklah wajah2 notty si Jannah ni menjelang 2 tahun...






Esok, Insyallah mama ngan abah akan adakan majlis birthday jannah,...so kengkawan fp dijemput datang yer...


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net